fbpx

Siapa pinjam siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Niat seorang jurujual lelaki mahu membuat pinjaman peribadi dengan sebuah syarikat pinjaman wang, namun sebaliknya berlaku apabila syarikat terbabit pula yang berkali-kali meminta wang daripadannya.

Namun akhirnya mangsa yang berusia 32 tahun dari Taman Tas di sini, menyedari dirinya telah tertipu dengan tawaran pinjaman wang tidak wujud sehingga dia kerugian RM2,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 12 Februari lalu selepas mangsa melihat iklan pinjaman wang di internet.

“Mangsa telah berhubung dengan pihak syarikat terbabit melalui WhatsApp dan telah telah bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dengan bayaran balik sebanyak RM208 sebulan.

“Kemudian mangsa dihubungi oleh individu lain yang memperkenalkan diri sebagai Mr.Khoo yang akan menguruskan pinjaman mangsa,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuat beberapa bayaran atas pelbagai alasan dan mangsa membuat tiga kali transaksi ke tiga akaun berbeza bagi tujuan berkenaan.

Katanya, selepas itu suspek masih meminta mangsa membuat pembayaran lagi namun mangsa tidak berbuat demikian kerana mula berasa diperdaya.

Ujar beliau mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI