fbpx

Seekor lagi bangkai penyu ditemui di Pantai Kijal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu agar yang ditemui di Pantai Kijal di sini hari ini.

KEMAMAN – Pemajak telur penyu, Roslan Mohamad, 54, menjumpai seekor lagi penyu agar mati di kawasan jagaan di Pantai Kijal di sini hari ini.

Beliau berkata, bangkai penyu agar jantan seberat kira-kira 85 kilogram itu ditemui terdampar di pantai berkenaan berhampiran sebuah resort pada pukul 8 pagi.

“Saya menemui bangkai penyu agar jantan yang dianggarkan berusia 65 tahun sewaktu melakukan pemantauan rutin di kawasan pendaratan penyu terbabit.

“Ini bangkai penyu kedua yang saya jumpai di kawasan pantai sama dalam tempoh 48 jam dan keempat sepanjang dua minggu ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan sebanyak 19 ekor penyu yang kebanyakannya daripada spesies agar telah ditemui mati di pesisir pantai seluruh Terengganu sejak awal tahun ini.

Roslan berkata, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap keadaan fizikal bangkai penyu terbabit, dia percaya kematian haiwan reptilia itu disebabkan lemas akibat terperangkap di dalam pukat.

Jelasnya, dia telah memaklumkan penemuan bangkai penyu terbaharu itu kepada Jabatan Perikanan Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI