fbpx

Samuel Zylgwyn mahu berhenti berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMUEL ZYLGWYN

PELAKON kacak Samuel Zylgwyn berhasrat untuk bersara dalam bidang lakonan kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang perniagaan.

Suami kepada aktres Franda itu memberikan alasan, dia sudah terlalu lama berada dalam industri seni hiburan Indonesia sebagai pelakon dan ingin beralih ke bidang

baharu iaitu perniagaan.

“Sebenarnya sejak tahun 2010 lagi saya terfikir untuk berhenti berlakon dan beralih ke bidang perniagaan.

“Tapi nampaknya jiwa saya masih menebal dalam dunia seni,” katanya.

Buat masa ini, lelaki berusia 33 tahun itu sudah mempunyai beberapa jenis perniagaan yang diusahakan seperti dalam bidang hartanah dan servis kereta sewa.

“Setiap tahun saya akan mencuba beberapa perniagaan baharu walaupun bertahan untuk beberapa tahun sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI