fbpx

Rusia rancang takluki Kiev, lantik pemerintahan pro-Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta kebal Tempur Utama T-72B3 Tentera Rusia mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di St. Petersburg, Rusia, kelmarin. - Anadolu News Agency

MOSCOW – Tentera Rusia dilaporkan akan membuat serangan dari beberapa arah berbeza dalam usaha Moscow untuk menawan ibu negara Ukraine, Kiev, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Berpuluh-puluh ribu askar Presiden Vladimir Putin dilaporkan akan  bergerak ke arah selatan untuk memasuki Ukraine dan menakluki Kiev sebelum melantik pemerintahan pro-Rusia.

Selain itu, tentera Kremlin  juga dijangka masuk ke  Ukraine dari sempadan Belarus dan Semenanjung Crimea. Ketumbukan-ketumbukan tentera  Putin dilaporkan akan bergabung di timur negara Ukraine.

Misi utama tentera Rusia adalah untuk menyelaraskan koordinasi bagi memastikan tentera Ukraine di timur negara itu gagal mempertahankan Kiev.

Menjadikan kelajuan pergerakan sebagai kunci utama kepada strategi  Rusia, kenderaan perang yang lebih ringan dan sistem senjata untuk serangan darat menjadi pilihan dalam perang kali ini.

Bagi menguatkan lagi dakwaan bahawa Rusia kini  bersedia menyerang Ukraine, sebanyak 20,000 anggota tentera tambahan telah dikerah oleh Kremlin sekali gus menjadikan kekuatan  keseluruhan askar Rusia mencecah 130,000 anggota.

“Jumlah tentera dan peralatan terkumpul sebegitu besar tidak pernah berlaku sebelum ini. Justeru,  jelas ia adalah kuasa yang dibina untuk tujuan pencerobohan. Dianggarkan tambahan 14 briged Rusia sedang menuju ke sempadan Ukraine.

“Secara keseluruhan, kita boleh melihat 60 peratus kuasa tempur keseluruhan pasukan Rusia terlibat dalam operasi ini,” demikian menurut sumber.

Menurut sumber sama,Putin dijangka bertemu Menteri Pertahanan, Sergey Shoygu dan Ketua Perkhidmatan Rahsia, Alexander Bortnikov sebelum perang diisytiharkan.

Pertimbangan tersebut dibuat kerana Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan melancarkan pembekuan pada sistem perbankan dan industri perkhidmatan kewangan Rusia jika serangan ini berlaku.

“Sebaik sahaja mereka sampai ke Kiev, pihak Rusia tidak akan melakukan sebarang serangan di jalanan dan hanya fokus untuk merampas pentadbiran di Parlimen.

“Rusia mahukan proses rampasan kuasa tanpa pertempuran darah dan ingin mengelak sebarang pertempuran jarak dekat yang akan mengorbankan nyawa orang awam serta anggota tentera,” ujar sumber sama.

Media rasmi Rusia mendakwa semua krisis ini berpunca daripada tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kremlin tidak pernah berhasrat untuk berperang dengan saudara sendiri. Rusia dijangka menyerang Ukraine hari ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI