fbpx

Remaja Kanada tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rioux merupakan pemain bola keranjang di sebuah akademi sukan, Akademi IMG di Florida. – Instagram @olivier.rioux

BRADENTON, FLORIDA – Seorang pelajar lelaki dari Bradenton, Florida, diiktiraf sebagai remaja paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records kerana memiliki ketinggian berukuran 226.9 sentimeter (sm), lapor agensi berita United Press International semalam.

Olivier Rioux, 15, yang berasal dari Kanada dan kini belajar di Akademi IMG, Florida, merupakan pemain bola keranjang di akademi sukan tersebut. Menurutnya, dia membesar dengan kadar yang pantas bermula pada usia 10 tahun.

“Ibu saya mempunyai ketinggian 188 sm manakala bapa saya setinggi 203 sm.

“Ketika saya berusia 10,11 dan 12 tahun, saya mula membesar dalam kadar yang pantas. Tinggi saya bertambah setiap minggu dan saya sering menjadi pelajar tertinggi di sekolah,” kata Rioux kepada saluran televisyen WFTS-TV.

Sementara itu, jurulatih bola keranjang, Jeremy Schiller berkata, skil permainan sukan tersebut yang dimiliki oleh Rioux adalah luar biasa.

“Perkara utama yang anda fikirkan apabila bertemu dengan remaja setinggi Rioux adalah, adakah dia berkebolehan, bergerak pantas dan adakah dia berminat dalam sukan bola keranjang?

“Pertama sekali, dia gemar bermain bola keranjang dan itu adalah sesuatu yang penting kerana bagi sebilangan remaja yang tinggi, mereka bermain bukan kerana minat,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI