fbpx

Peniaga baja didenda RM100,000 merasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Soon Teck (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan memberi rasuah kepada penjawat awam empat tahun lalu.

IPOH – Seorang peniaga baja diarahkan membayar denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merasuah seorang penjawat awam sebanyak RM30,150, empat tahun lalu.

Tertuduh, Lee Soon Teck, 53, juga berdepan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM30,150 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Hukuman itu dijatuhkan setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Lelaki itu didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM30,150 kepada Pembantu Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Muhammad Fithry Hassan.

Ia sebagai dorongan untuk melepaskan tertuduh daripada diambil tindakan undang-undang kerana menyimpan baja bersubsidi tanpa lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesalahan dilakukan di sebuah premis di Batu 6, Jalan Baru, Parit Buntar, kira-kira pukul 10.30 pagi pada 8 Oktober 2018.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak sampai 10 tahun dengan denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam, Kailashii Vasudevan Appu.

Media pada 8 April lalu melaporkan, Soon Teck yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah berjumlah RM30,150 kepada seorang penjawat awam pada tahun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI