fbpx

Pemimpin Barat disaran jumpa doktor rawat isu paranoid terhadap Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Duta Besar Rusia, Dmitry Polyanskiy. - UN Multimedia

MOSCOW – Timbalan Duta Besar Rusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyindir pemimpin Barat bahawa mereka perlu berjumpa doktor kerana terlalu paranoid dengan kehadiran 100,000 tentera Kremlin di sempadan Ukraine.

Dmitry Polyanskiy berkata beliau yakin kecanggihan sektor perubatan negara Barat pasti mempunyai kepakaran dalam merawat isu yang dihidapi pemimpin-pemimpin ini.

“Secara peribadi, saya fikir mereka perlu berjumpa dengan doktor bagi merawat perasaan paranoid mereka tentang 100,000 tentera Rusia akan menyerang Ukraine.

“Pasti pakar kesihatan mereka mempunyai jawapan atau ubat kepada masalah ini,” kata Polyanskiy.

Tambah beliau, bala tentera Rusia berada dalam kawasan negara dan tidak pernah mengeluarkan ancaman serangan kepada sesiapa.

“Tentera kami berada dalam wilayah sendiri jadi mengapa mereka dikatakan mengancam sesiapa?”

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu berapa ramai jumlah tentera kerana terlalu banyak spekulasi negatif mengenainya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Polyanskiy berkata kehadiran tentera Rusia di sempadan negara adalah untuk menjalani latihan ketenteraan dengan sekutunya, Belarus.

“Saya rasa latihan dengan Belarus akan tamat dalam masa satu minggu. Selebihnya, saya tidak tahu,” kata Polyanskiy.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) semalam menuntut Moscow menunjukkan bukti pengunduran tentera selepas Rusia berkata sebahagian pasukannya telah dipanggil balik dari sempadan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI