fbpx

Pejalan kaki maut dipercayai langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian langgar lari yang mengorbankan seorang pejalan kaki di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, Tanjung Malim hari ini.- FOTO: IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada berhampiran garisan lurus bahu jalan dan berjalan kaki menghala ke Slim River.

Katanya, lelaki itu kemudiannya dilanggar sebuah kenderaan tidak pasti hingga menyebabkan dia cedera parah di kepala.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti ekoran tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat dan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat mangsa dan waris lelaki terbabit.

Katanya, orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI