fbpx

Malaysia sudah tunjuk taring sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik (kiri) langsung tidak dicabar oleh beregu utama dari Singapura apabila menang 21-14, 21-12 pada aksi BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara membuka kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan penuh bergaya menerusi kemenangan 5-0 ke atas Singapura di Pusat Konvensyen Setia City hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran mara ke separuh akhir meskipun masih berbaki dua aksi dalam Kumpulan B menentang Kazakhstan esok dan Jepun pada Jumaat ini.

Menariknya, kejayaan Malaysia bermula dengan kemenangan pemain perseorangan lelaki pertama, Lee Zii Jia yang langsung dilihat tidak ‘berpeluh’ ketika menewaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 21-6, 21-14.

Langkah kanan itu diteruskan oleh beregu pertama yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Woi Yiik ke atas Danny Bawa Chrisnanta-Wesley Koh menerusi kemenangan 21-14, 21-12.

TZE YONG terpaksa bertarung dalam tiga set sebelum menewaskan lawannya menerusi kemenangan 17-21, 24-22, 21-19 pada aksi BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. – SHIDDIEQIIN ZON

Biarpun Ng Tze Yong tewas 17-21 pada set pertama tetapi perseorangan kedua negara itu bangkit dengan persembahan lebih tersusun untuk menundukkan Jason Teh 24-22, 21-19 dalam dua set berikutnya.

Walaupun sudah mengesahkan kemenangan tetapi beregu kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terus menceriakan kem Malaysia dengan pungutan mata keempat selepas menewaskan Terry Hee-Andy Kwek 21-10, 21-13.

Perseorangan lelaki ketiga Malaysia, Leong Jun Hao memastikan rekod sempurna buat skuad negara apabila bangkit daripada ketinggalan pada set kedua untuk mencatat kemenangan straight-set 21-17, 22-20 ke atas Joel Koh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI