fbpx

Lelaki melecur maut dalam kebakaran pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran pejabat di jeti nelayan di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang dekat Bagan Datuk yang mengorbankan seorang lelaki hari ini.- FOTO: IHSAN JBPM PERAK

BAGAN DATUK – Seorang lelaki yang melecur anggota badan maut dalam kebakaran pejabat di jeti nelayan dekat Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di sini hari ini.

Mangsa, Eng Ching Hoe, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 7.26 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan proses memadam kebakaran.

“Setibanya di sana, kita mendapati terdapat kesan peratusan kecil kebakaran struktur pejabat. Pemadaman telah dilakukan orang awam dengan menggunakan gulungan hos air domestik.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat seorang lelaki dalam keadaan melecur dan tidak sedarkan diri. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI