fbpx

Lancar tabung derma ‘beli’ SK Assumption

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa dan alumni SK Assumption di Butterworth menghulurkan derma supaya sekolah berusia 89 tahun itu kekal beroperasi.

SEBERANG PERAI – Para ibu bapa dan alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Butterworth di sini mewujudkan tabung khas bagi ‘membeli’ sekolah berusia 89 tahun itu.

Wakil alumni, Mohd. Aminuddin Baqy Mohd. Noor berkata, kewujudan tabung itu sebagai ikhtiar dan menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk melihat sekolah kekal beroperasi.

“Kami harap lebih banyak pihak akan turut sama membantu mengekalkan sekolah bersejarah ini tidak kiralah ibu bapa, orang awam atau kerajaan negeri.

“Kami semua mahu melihat sekolah ini terus melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang dan semoga ramai akan memberi sumbangan kepada tabung ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, bapa murid darjah 4, S. Ravindran, 42, berkata, dia menyokong segala usaha untuk mengekalkan sekolah itu yang banyak melahirkan pelajar cemerlang sebelum ini.

“Walaupun tidak mampu membantu lebih banyak, tetapi saya tetap menyokong tabung ini supaya sekolah ini diselamatkan.

“Ia sekolah yang bagus dan sebab itulah saya hantar anak saya ke sekolah ini walaupun banyak lagi sekolah berdekatan rumah,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa turut meluahkan kekecewaan kerana 53 murid menerima surat penyuraian ke sekolah-sekolah berhampiran Isnin lalu tanpa sebarang perbincangan dengan pihak sekolah.

Ibu murid darjah dua dan enam, Nazirah Mohd. Salihu, 43, berkata, dia terkilan kerana anaknya perlu melapor diri ke SK St. Mark, Butterworth pada Isnin depan sedangkan penggal persekolahan akan berakhir pada 28 Februari.

“Ia terlalu singkat, sedangkan Kementerian Pelajaran sebelum ini memaklumkan memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak SK Assumption sehingga sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022 tamat pada Mac.

“Walaupun akur anak-anak kami perlu melapor diri di sekolah baharu pada minggu terakhir penggal, tetapi kami terkilan kerana ia tiada sebarang perbincangan dan hanya menerima surat kelmarin,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan lesen sekolah berkenaan akan dibatalkan selepas penutupannya, kerana pemilik tanah persendirian Sri Avenue Sdn. Bhd. telah meminta tanah dan bangunan tersebut dikembalikan kepada pihak mereka secepat mungkin.

Sekolah itu dilaporkan akan ditutup mulai 30 Mac depan iaitu sebulan daripada tarikh asal penutupan yang dihebahkan sebelum ini iaitu pada penghujung Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI