fbpx

Kit ujian Covid-19 habis diborong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Letak 50 unit kit ujian pantas (RTK) antigen habis dalam tempoh empat jam.

Itu antara situasi yang dihadapi ketika ini apabila kit ujian Co­vid-19 berkenaan laku keras sehingga menyebabkan peniaga terputus bekalan sejak minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis di seluruh negara mendapati, situasi berkenaan dikesan berlaku selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Orang ramai terutamanya ibu bapa dilihat ‘memborong’ kit ujian Covid-19 berkenaan bagi memeriksa status kesihatan masing-masing sebelum bekerja dan ke sekolah.

Situasi itu juga dikatakan berlaku ekoran kes positif Covid-19 yang mencecah 20,000 sehari selain kehadiran varian Omicron yang lebih mudah menjangkiti.

Seorang pembantu kedai dikenali Salam, 34, berkata, pihaknya terputus bekalan kit RTK antigen sejak Ahad lalu dan situasi itu berlaku selepas sesi persekolahan dibuka minggu lalu.

“Setiap hari ada yang datang untuk membeli tetapi kit telah habis sejak Ahad lalu.

“Ada juga ibu bapa yang datang borong kerana sekolah wajibkan untuk pelajar buat ujian seminggu sekali,” katanya.

Sementara itu, di Johor Seorang jurujual di sebuah farmasi di Taman Larkin Perdana di sini, Kamalita Kamarudin, 31, memberitahu, tindakan orang ramai membeli dalam kuantiti yang banyak turut menyebabkan masalah kekurangan bekalan.

Katanya, biarpun telah membuat tempahan baharu, namun masalah itu gagal diatasi pemborong.

“Untuk hari ini (semalam) stok yang kita ada kira-kira 50 unit, dalam tengah hari atau empat jam sudah habis.

“Sudah buat tempahan tetapi stok susah nak dapat,” ujarnya.

NOTIS yang ditampal di salah sebuah premis di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, tinjauan di enam buah pasar raya mini termasuk kedai serbaneka dan farmasi rangkaian di daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini mendapati ada antara mereka terpaksa mengehadkan penjualan.

Seorang pembantu premis rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang mahu dikenali sebagai Fatin, 31, memberitahu, pihaknya terpaksa mempamerkan kit ujian itu berdekatan kaunter juruwang kerana disifatkan sebagai ‘barang panas’

“Memang bekalan kit ujian Covid-19 itu dilaporkan berkurangan di peringkat pembekal ketika ini. Sekali mereka hantar enam kotak, akan habis dijual dalam tempoh sehari.

“Ada juga dakwaan mengatakan akan berlaku kenaikan harga di peringkat pembekal berikutan berlaku peningkatan kes harian jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Kit ujian kendiri itu dipasarkan pada harga RM5.50 dan RM6 seunit.

Seorang lagi jurujual di sebuah pasar raya mini Daerah Barat Daya yang mahu dikenali sebagai Lin, 45, mendakwa, pihaknya tidak menerima bekalan RTK antigen daripada pembekal sejak seminggu lalu.

“Kali terakhir mereka hantar hanya 90 kit pada Isnin minggu lalu, itu pun habis dibeli kurang lapan jam perniagaan ini dibuka pukul 10 pagi.

“Sebelum ini, sebanyak lapan hingga 10 kotak yang berisi 200 kotak kit akan dihantar ke sini

“Pihak syarikat mendakwa, bekalan itu sudah tiada di gudang dan terpaksa diimport dan dibeli dari negara China,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI