fbpx

Kim Seon-ho bantu pesakit leukemia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

ARTIS K-pop dan kisah sumbangan mereka terhadap golongan memerlukan memang tidak dapat dipisahkan. Selebriti negara kimchi itu sememangnya terkenal dengan sikap murah hati.

Aktor Kim Seon-ho misalnya baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dilaporkan menyalurkan sumbangan besar buat Yayasan Leukemia Kanak-Kanak Korea.

Memetik laporan Munhwa Ilbo, aktor drama Hometown Cha-Cha-Cha itu menyalurkan sumbangan sebanyak 50 juta won bersamaan RM175,000 kepada pertubuhan itu.

“Kim Seon-ho menyalurkan sumbangan sebanyak yang dilaporkan kepada pertubuhan berkenaan pada Disember tahun lalu.

“Bagaimanapun, kami sangat berhati-hati dalam membuat pendedahan lanjut kerana dia melakukannya secara rahsia. Maka kami minta anda semua memahami situasi ini,” ujar agensinya SALT Entertainment memberi respons terhadap pendedahan tersebut.

Ironi, ini bukan kali pertama aktor kacak itu menyalurkan sumbangan kepada pertubuhan berkenaan. Tahun lalu, dia dilaporkan membuat sumbangan sebanyak 100 juta won (RM350,144) terhadap yayasan sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI