fbpx

Isteri lempar kasut ke arah suami sedang ‘syok’ berjoget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan melempar kasut ke arah suaminya, namun tidak dihiraukan lelaki itu. - Instagram/andreli_48

JAKARTA – Seorang lelaki yang sedang leka berjoget dengan beberapa wanita di atas pentas dalam sebuah acara festival diserang isterinya yang bertindak melempar kasut ke arahnya, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di Instagram, lelaki berkenaan dilihat leka menari di atas pentas dengan ditemani beberapa penari dan penyanyi wanita.

Isterinya yang berada dalam keadaan marah datang ke hadapan pentas secara tiba-tiba lantas melemparkan kasut yang dipakai ke arah suaminya.

Meskipun terkejut, lelaki berkenaan tetap meneruskan aktivitinya dan tidak menghiraukan isterinya yang sedang berdiri di bawah pentas dalam keadaan marah.

Dua orang lelaki kemudian cuba untuk menenangkan wanita itu sebelum dia dilihat duduk di atas kerusi bagi menanti suaminya datang ke arahnya.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Jika di hadapan isteri pun berani, apatah lagi di belakang isteri,” komen seorang netizen.

“Kalau sudah berkahwin dan masih ingin bebas, lebih baik jangan berkahwin,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI