fbpx

Ismail Sabri dilayan ramah Sultan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melalui perkongsian di media sosial dilihat menaiki buggy bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di sekitar Istana Nurul Iman hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilayan dengan ramah oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerusi lawatan rasminya yang pertama ke Brunei.

Melalui hantaran di akaun Facebook, Ismail Sabri hari ini berkongsi pengalaman menaiki ‘buggy’ yang dipandu oleh Sultan Hassanal Bolkiah di sekitar istana.

“Terasa benar kemesraan Sultan Hassanal Bolkiah apabila dijemput menaiki ‘buggy’ yang dipandu sendiri oleh baginda Sultan di Istana Nurul Iman.

“Ini pasti menjadi suatu memori yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih Brunei, semoga ikatan yang terjalin terus kukuh,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Ismail Sabri melakukan lawatan rasmi pertama ke negara itu selama dua hari bagi menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pascaCovid-19.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada malam Isnin lalu dan disambut meriah oleh perbarisan hormat anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Ismail Sabri turut diiringi oleh isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dalam pada itu, hasil perbincangan antara dua pemimpin itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan rentas sempadan di antara Malaysia dan Brunei selepas kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Vaccinated Travel Lane (VTL) dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI