fbpx

Indonesia pendekkan kuarantin wajib ketibaan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luhut menyatakan kerajaan masih mengekalkan syarat kuarantin wajib walaupun ia sudah disingkatkan menjadi tiga hari sahaja. - Kompas

JAKARTA – Pemerintah  Indonesia bersetuju untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi individu dari luar negara (PPLN) menjadi tiga hari tanpa mengira sama ada  warganegara atau pelancong asing, bermula 1 Mac ini.

Menurut laporan laman berita Tribunnews, syarat kuarantin wajib bagi PPLN sebelum ini ditetapkan selama lima hari.

Menteri Koordinator Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata arahan ini hanya berkuat kuasa ke atas mereka yang sudah lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak.

“Pemerintah masih berhati-hati dalam menetapkan tempoh kuarantin wajib terutama bagi perjalanan dari luar negara.

“Meskipun kebanyakan negara sudah memansuhkan tempoh kuarantin wajib bagi individu yang sudah vaksinasi lengkap namun Indonesia masih mengekalkan syarat tersebut,” jelas Luhut.

Bagaimanapun, PPLN masih perlu menjalani ujian kendiri pada hari kelima tiba di Indonesia dan melaporkannya ke pusat kesihatan terdekat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI