fbpx

Ikat anak guna sari untuk kutip baju dari tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan wanita ini dikecam kerana membahayakan nyawa anaknya hanya kerana dia malas turun ke rumah jiran. - @ipskabra/Twitter

NEW DELHI – Seorang wanita di India tergamak mengikat kain sari pada anaknya dan menurunkan kanak-kanak tersebut ke balkoni tingkat bawah flat mereka semata-mata untuk mengambil pakaian yang terjatuh, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Kejadian di tingkat 10 bangunan Apartmen Florida, bandar  Faridabad, utara India itu disaksikan oleh orang ramai.

Menurut saksi kejadian, wanita itu terlalu malas untuk turun ke tingkat bawah dan mengambil jemurannya yang terjatuh  ke balkoni jiran lalu mengambil keputusan untuk menggunakan anaknya.

Dia menyimpulkan beberapa kain sari untuk menjadi seperti tali yang panjang. Wanita itu kemudian mengikat anaknya an menurunkan kanak-kanak itu ke  balkoni apartmen jirannya untuk mencapai pakaian yang terjatuh.

Sebaik sahaja pakaian itu berjaya dicapai, wanita itu menarik semula ikatan sari bersama  anaknya ke atas dalam situasi yang dianggap sangat berbahaya.

Pegawai polis India, Dipanshu Kabra yang berkongsi video kejadian mencemaskan itu menyatakan rasa terkejutnya tentang bagaimana seorang ibu boleh bertindak cuai dan melulu.

“Seorang ibu tidak berhak membahayakan nyawa anaknya seperti yang dipaparkan  dalam klip video ni,” tulisnya pada perkongsian itu.

Individu yang merakam aksi berbahaya itu berkata,  nyawa budak lelaki itu akan melayang tidak jika dia terlepas cengkaman pada simpulan kain tersebut.

Ibu budak lelaki itu dilaporkan mengaku bahawa tindakannya adalah berbahaya dan tanpa  berfikir panjang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI