fbpx

FIFA gantung empat pemain Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ menjadi salah seorang daripada empat pemain Argentina yang digantung dua perlawanan oleh FIFA. – AFP

PARIS – Empat pemain Liga Perdana Inggeris digantung dua perlawanan daripada mewakili negara masing-masing selepas didapati melanggar Protokol Perlawanan Antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pelanggaran prosedur tersebut mengakibatkan aksi Kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Brazil dibatalkan, September lalu.

Menurut Agensi Pengawasan Kesihatan Kebangsaan Brazil (ANVISA), empat pemain berkenaan adalah dua bintang Tottenham Hotspur, Cristian Romero dan Giovani Lo Celso, serta dua pemain Aston Villa, Emiliano Martinez dan Emi­liano Buendia.

Dalam kejadian di Arena Neo Quimica itu, pegawai kesihatan Brazil menyerbu ke padang ketika perlawanan sudah pun berlangsung tujuh minit dan tindakan berkenaan mencetuskan situasi huru hara dalam kala­ngan pemain serta pegawai pa­sukan.

FIFA juga turut me­ngenakan hukuman denda kepada kedua-dua pasukan apabila Persatuan Bola Sepak Brazil perlu melunaskan denda 500,000 Swiss Francs (RM2.2 juta) ke­rana melanggar hal berkaitan ketenteraman dan keselamatan.

Persatuan Bolasepak Argentina pula didenda 200,000 Swiss Francs (RM906,000) kerana gagal mematuhi kewajipan berhubung ketenteraman, keselamatan, penyediaan dan penyertaan.

Malah, kedua-dua badan induk itu juga dikenakan denda tambahan 50,000 Swiss Francs (RM226,576) kerana isu pembatalan perlawanan.

Kesemua pemain itu dikatakan memberikan maklumat palsu ketika memasuki Brazil sekaligus memaksa perlawanan berkenaan terpaksa diadakan semula pada tarikh dan lokasi yang akan ditentukan kemudian oleh FIFA.

“Selepas siasatan menyeluruh dilakukan terhadap pelbagai elemen dan peraturan, Jawatan­kuasa Tatatertib FIFA memutuskan perlawanan itu perlu dilangsungkan semula pada tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh FIFA,” menurut kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu.

Sepanjang kempen kelayakan berlangsung, kedua-dua negara masih lagi unggul mendahului dua tempat teratas tanpa sebarang kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI