fbpx

Bukit Aman sahkan OKT mati akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman hari ini memaklumkan punca kematian Orang Kena Tahan (OKT) pada Isnin lalu disebabkan serangan jantung.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, proses bedah siasat terhadap OKT lelaki itu telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

“Hasil bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian OKT disebabkan oleh penyakit arteri koronari.

“Kes melibatkan lelaki berusia 39 terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Mahkamah Koroner.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang OKT yang sedang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 mati ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.

OKT terbabit mengadu sesak nafas ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan mati pada pukul 6.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI