fbpx

Bekas kekasih akhirnya berjodoh pada usia 61 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pasangan kekasih ini akhirnya kembali bersatu pada usia 61 tahun. – TikTok

JAKARTA – Sepasang kekasih yang telah terpisah selama berpuluh-puluh tahun akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan meskipun pada usia 61 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di TikTok, pasangan pengantin warga emas itu dilihat sedang bergambar di pelamin sambil menunjukkan kad nikah milik mereka.

Menurut akaun yang memuat naik hantaran tersebut, lelaki berkenaan mengaku tidak dapat melupakan isterinya yang merupakan cinta pertamanya.

“Gagal move on. Selepas berpuluh-puluh tahun terpisah, akhirnya berkahwin dengan cinta pertama pada usia 61 tahun,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan kisah sebenar yang terjadi di sebalik pepisahan kedua-dua mereka.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Semoga golongan yang masih bujang lebih optimis,” kata seorang pengguna.

“Harap maklum semua netizen. Sudah berpuluh-puluh tahun dia menunggu,” kata seorang lagi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI