fbpx

Amaran ribut petir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Penduduk di beberapa kawasan di Johor dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dikeluarkan di negeri itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir dan hujan lebat itu dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi hari ini.

“Antara kawasan terlibat termasuklah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya tadi.

Menurutnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI