fbpx

5 lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes tetak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Benut, Pontian, Isnin lalu.

PONTIAN – Polis berjaya menahan lima lelaki dalam tempoh 48 jam di tiga lokasi berasingan berkaitan kes kejadian tetak dengan parang di sebuah restoran di Bandar Benut di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 10 pagi semalam di tepi Jalan Sekolah Arab di bandar Pontian bersama kenderaan jenis Toyota Alparhd warna putih dengan nombor pendaftaran JTS 6816.

“Hasil siasatan selanjut yang dijalankan, polis berjaya menahan dua lelaki pada pukul 12.15 tengah malam hari ini di Pekan Yong Peng, Batu Pahat.

“Manakala seorang lagi lelaki ditahan di Benut pada pukul 6.30 pagi ini, menjadikan kesemua lima orang terlibat dengan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, kelima-lima suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 53 tahun dan dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau.

Turut dirampas tiga bilah pedang yang digunakan dalam kejadian tersebut dan mereka telah ditahan reman selama enam hari dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI