PUTRAJAYA – Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menguruskan 3,842 jenazah Covid-19 setakat semalam.
Jawi menerusi satu kenyataan hari ini berkata, jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Daripada jumlah itu, 2,111 adalah jenazah lelaki manakala, 1,731 membabitkan jenazah perempuan. Kumpulan umur 41 hingga 60 tahun kekal mendahului jenazah paling tinggi dikebumikan setakat ini iaitu 1,612 jenazah.
“Ia kemudian diikuti kumpulan umur 61 hingga 80 tahun dengan 1,434 jenazah manakala, kumpulan umur 21 hingga 40 tahun (534 jenazah), 81 hingga 100 tahun (234 jenazah),”katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, kumpulan umur 0 hingga 12 tahun pula seramai 27 orang dan 101 tahun dan ke atas pula hanya satu jenazah direkodkan.-K! ONLINE