fbpx

31 kematian, 182,965 kes aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,180 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, terdapat 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,514 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Sabah (8), Selangor (7), Johor (6), Pulau Pinang (5), Kedah (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Terengganu (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, jumlah kes aktif terus meningkat dengan semalam mencecah melepasi 180,000 iaitu 182,965 kes aktif.

Ia melibatkan 170,635 kes dikuarantin di rumah, 5,517 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,619 kes di hospital, 74 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 120 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI