fbpx

Zii Jia pilih Indra Widjaja sebagai jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM menyerahkan dokumen berhubung kelulusan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia di PJS sebentar tadi.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia sah melantik pengendali skuad perseorangan wanita kebangsaan, Indra Widjaja sebagai jurulatih bagi meneruskan karier profesionalnya.

Perkara itu dikongsikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker selepas Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd. Yusof meluluskan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia.0

“Ini akan membantu melayakkan Zii Jia mengambil-alih jurulatih Indra Widjaja yang akan menamatkan kontraknya dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) pada 31 Mac depan.

“BAM bersedia menyerahkan jurulatih dari Indonesia ini untuk terus membantu Zii Jia dalam karier sukannya.

“Pejabat saya telah membantu Zii Jia untuk melicinkan proses pendaftaran, permit kerja dan keperluan imigresen. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia dan Kelab Badminton Lee Zii Jia yang baru ditubuhkan,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi.

Indra yang masih menggalas tugas sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan ketika ini pernah memikul tugas selaku jurulatih perseorangan lelaki ketika menyertai BAM pada 2015.

Sebagai rekod, Zii Jia yang juga pemain No.7 dunia membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan meneruskan kariernya sebagai pemain profesional.
Terdahulu, dia juga menjelaskan akan membentuk pasukan kejurulatihan serta sokongan bagi membantu perjalanan kariernya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI