fbpx

Warga emas sasaran ‘scammer’ untuk jadi keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kanan) berbual dengan penggawa dan penghulu selepas Seminar Keselamatan Datuk Ketua Polis Kelantan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, Tumpat hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Sebanyak 10 kes melibatkan mangsa keldai akaun untuk kegiatan yang dijalankan sindiket penipuan atau ‘scammer’ dilaporkan di Kelantan dalam tempoh dua bulan pada tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan, mangsa yang terdiri daripada warga emas dilihat paling ramai menjadi mangsa sindiket itu.

Menurutnya, sindiket itu akan datang ke rumah untuk mendekati mangsa dengan pelbagai cara termasuk menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Siasatan mendapati, mereka akan datang ke rumah mangsa ketika ahli keluarga warga emas tiada di rumah. Mereka juga datang ke rumah mangsa tanpa mengira waktu.

“Sindiket ini akan meminta kad bank mangsa untuk memudahkan urusan memasukkan bantuan JKM kepada mereka. Sebaliknya, mereka menggunakan akaun bank mangsa untuk dijadikan sebagai akaun sementara dalam kegiatan penipuan yang dijalankan sindiket berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Keselamatan Datuk Ketua Polis Kelantan Bersama Penggawa dan Penghulu Daerah Tumpat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Mengulas lanjut Shafien berkata, beliau mengakui bahawa kes melibatkan keldai akaun telah lama berlaku dan tindakan segera akan dijalankan bagi membanteras jenayah tersebut.

Tambahnya, beliau berharap warga emas tidak mudah terpedaya atau terpengaruh apabila didatangi individu tidak dikenali sekiranya mengaku sebagai penjawat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI