fbpx

Wang simpanan lebih RM10,000 lesap selepas dedah maklumat akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Tindakan seorang wanita mendedahkan maklumat akaun termasuk kata laluan kepada individu tidak dikenali membawa padah apabila wang simpanannya berjumlah RM10,009.99 lesap daripada akaunnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 33 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali ketika berada di rumahnya di Kampung Selamat di sini pada 13 Februari lalu.

“Individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil daripada syarikat penerbangan Air Asia memaklumkan mangsa mempunyai mata terkumpul dengan syarikat terbabit dan boleh menukarnya kepada wang tunai.

“Mangsa kemudiannya diminta memberikan maklumat perbankannya termasuk kata laluan dan mangsa akur dengan menyerahkan semua maklumat berkaitan,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir mangsa kemudiannya menyamak akaun banknya mendapati wang simpanannya telah hilang sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Berdasarkan siasatan awal modus operandi ialah suspek memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wakil syarikat penerbangan Air Asia sehingga mangsa mengalami kerugian,”ujarnya._KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI