fbpx

Trembini pulau ghaib hanya didiami kaum wanita di Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun pulau ini hanya kisah dongeng tetapi masyarakat Jawa Timur percaya akan kewujudannya. - Google

JAKARTA – Sebuah pulau ghaib dikenali sebagai Pulau Trembini didakwa wujud di  Jawa Timur dan dipercayai hanya didiami oleh kaum wanita, lapor laman berita Solopos semalam.

Meskipun kewujudan pulau itu masih menjadi misteri,  namun nelayan tempatan  percaya bahawa ia berada di  Laut Selatan di antara Kabupaten Jember dan Kabupaten Malang.

Lokasi Trembini terbentuk daripada mendapan sampah namun penduduk percaya ada pulau ghaib yang terbentuk di atasnya.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Pulau Trembini hanya didiami kaum wanita dan tiada lelaki dibenarkan masuk. Malah sesiapa yang mendarat di pulau itu tidak akan boleh kembali ke dunia sebenar atau kembali sebagai mayat sahaja.

Sekiranya pantang larang itu dilanggar, lelaki itu akan meninggal dunia atau tidak akan kembali ke dunia asalnya.

Sehingga kini, orang-orang tua Jember masih bercerita mengenai Pulau Trembini kepada anak cucu mereka dan memberi amaran agar tidak tersilap mendarat di pulau ghaib tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI