fbpx

Tidak tahan cemburu, rumah jiran dibakar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NS membakar rumah Gong kerana mengesyaki lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. – Shutterstock

JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di wilayah Sumatera Utara bertindak nekad membakar rumah jirannya kerana  disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Suspek yang dikenali sebagai NS, 39, membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37,  yang tinggal di hadapan rumahnya.

Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu.

Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.

“Suspek kemudiannya menyalakan mancis dan membakar rumah mangsa. Keseluruhan rumah musnah akibat dijilat api marak,” kata Miptahuddin.

Mangsa yang mengalami kerugian sebanyak 120 juta rupiah (RM35,175) kemudian membuat laporan polis, manakala suspek kini ditahan di lokap. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI