fbpx

Suspek kes samun Ford Ranger akhirnya dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian selepas sebuah SUV jenis HR-V terbakar di Kampung Paloh, Tumpat pada 3 Januari lalu.

TUMPAT – Selepas hampir dua minggu bersembunyi, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dengan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger di Kampung Sungai Pinang di sini pada 3 Januari lalu ditahan polis semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kampung Dusun, Kubang Kerian dekat Kota Bharu kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah dan suspek mengaku terlibat dalam kes samun kenderaan tersebut.

“Suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkait kes peras ugut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kes culik yang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kemalangan maut yang mengorbankan tiga lelaki termasuk dua daripadanya rentung di Kampung Paloh, Morak di sini pada 3 Januari lalu membongkar aktiviti jenayah samun yang dilakukan mangsa sebelum nahas.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang dinaiki semua mangsa terbabas dan merempuh sebatang tiang di hadapan rumah sebelum terbakar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI