fbpx

Ritual ketenangan diri ragut 11 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan menyelamat ketika sedang melakukan misi mencari mayat mangsa yang dihanyutkan ombak di Pantai Payangan. - Yakub Mulyono/detikcom

JAKARTA – Seramai 11 individu dilaporkan terkorban akibat di­seret ombak besar ketika me­lakukan ritual tradisional di Pantai Payangan, Jember, Jawa Timur, lapor laman berita Detik News semalam.

Salah seorang daripada ­mangsa ialah anggota polis dari Balai Polis Pujer yang turut menyertai ritual berkenaan.

Menurut laporan polis, mayat mangsa terakhir berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat selepas operasi berjalan selama tiga jam.

“Mereka dilaporkan lemas ditarik ombak sekitar pukul 1 pagi kelmarin dan terus hilang. 

“Kesemua mangsa dikatakan sedang menjalani satu ritual de­ngan pimpinan seorang ketua,” kata Ketua Polis Jember, Asisten Komisioner Hery Purnomo.

Tambah Hery, ritual yang dilakukan oleh mangsa adalah proses menenangkan diri dan kesemua mereka datang dari pelbagai daerah di Jember.

“Ritual ini bertukar tragedi ke­rana mangsa dipukul ombak besar akibat air pasang,” jelas Hery.

Secara keseluruhan, terdapat 24 orang ahli kumpulan yang mengikuti ritual itu, namun sebahagian mereka tidak ikut serta mandi di dalam laut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI