fbpx

Polis marin kenal pasti 50 laluan tikus di perairan Selangor, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsol pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah (1), Batu Uban, George Town hari ini. FOTO/IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin (PPM) mengenal pasti lebih 50 laluan tikus yang menjadi jalan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama dari Indonesia di sepanjang perairan Selangor hingga ke Perak.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pihaknya mendapati, berlaku peningkatan aktiviti penyeludupan PATI dari Indonesia selepas pembukaan semula ekonomi terutama melibatkan sektor perladangan.

Katanya, laluan tikus itu dikenal pasti bermula di sekitar perairan Klang, Sabak Bernam, Selangor sehingga ke perairan Hutan Melintang, Perak.

“Kawasan yang menjadi laluan tikus ini juga jauh daripada pangkalan utama polis dan untuk kita sampai ke kawasan itu agak mengambil masa.

“PPM Wilayah Satu meningkatkan rondaan di kawasan sempadan negara terutama melibatkan kawasan-kawasan yang menjadi hotspot laluan tikus ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PPM Wilayah Satu, Batu Uban di sini hari ini.

Menurut Shamsol, jarak antara Indonesia dengan kawasan perairan Selangor yang mengambil masa sekitar empat hingga lima jam sahaja untuk sampai menjadi punca mengapa laluan tikus dikesan di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI