PETALING JAYA – Harga motosikal Yamaha 125zr keluaran khas Movistar yang mencecah harga RM95,000 sebuah nampaknya tidak se’gila’ barang ini.
Dengan hanya dibuat menggunakan plastik dan saiznya sekecil kacang kuda, harga yang ditawarkan oleh peniaga ini teramat ‘Yahudi’.
Penutup tiub tayar plastik ‘ori motor’ (OM) yang digembar-gemburkan sebagai barang payah nak dapat ditawarkan pada harga RM1,500 sepasang.
Ayat “barang demo duit kawe” yang digunapakai oleh rata-rata penjual dari Kelantan nampaknya semakin menjadi barah dalan jualan alat ganti motosikal.
“Kalau ada juga orang beli bagi aku dia tu dah tak betul. Apa benda barang ni sampai seribu. Akal ada ke?
“Kalau saja nak buat content pun bagi aku tak patut, dengan sendiri orang luar akan cop penjual-penjual dari negeri tu teruk,” jelas Amsyar Izuan.
“Harap-harapnya bukan benda betul lah penjual ni. Walau OM sekalipun harga tu memang tak masuk akal.
“Harap pembeli dan penjual beragak-agak lah sikit. Teruk sangat sah sekarang ni,” jelas Imam Malik. – KOSMO ONLINE!