fbpx

Penarik kereta didakwa miliki pistol, peluru, pedang samurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azli Sham (kiri) diiring keluar selepas didakwa atas tiga pertuduhan memiliki pistol, peluru dan pedang samurai di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk pistol, 10 biji peluru dan dua bilah pedang samurai di tepi jalan di Kampung Kubang Edang, Bechah Keranji dekat Melor di sini di sini kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Azli Sham Che Azmi, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol berwarna hitam dan perak bertulis Zoraki M 906-TD dan dua kelopak yang menyalahi undang-undang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Azli Sham didapati memiliki sembilan butir peluru jenis 9 milimeter (mm) USA 380 Auto dan sebutir peluru 9 mm jenis PMC3 80 tanpa kebenaran yang sah.

Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki dua bilah pedang samurai tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa dan perbuatan itu melanggar Sekyen 6(1)Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan olehnya di tepi jalan Kubang Edang, Bechah Keranji dekat Melor di sini kira-kira pukul 9.30 pagi pada 31 Januari lalu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang ditahan selepas dia dipercayai tertidur dan memberhentikan kereta di tepi jalan di Kampung Kubang Edang, Bechah Keranji dekat Kota Bharu pada 31 Januari lalu rupa-rupanya suspek buruan polis sejak 19 tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI