fbpx

Peguam positif Covid, mahkamah tangguh prosiding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan bela diri kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, ditangguhkan berikutan salah seorang peguam yang mewakili Rosmah positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding sambung bicara di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Peguam yang positif Covid-19 ialah Datuk Akberdin Abdul Kader. Sejurus selepas dimaklumkan perkara itu, hakim itu kemudian berkata ‘saya mendoakan Datuk Akberdin supaya cepat sembuh’.

Dalam prosiding sama, dua lagi peguam dalam pasukan pembelaan Rosmah iaitu Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork, kini menjalani kuarantin berikutan kedua-duanya adalah kontak rapat kerana mereka bersama Akberdin pada 10 Februari.

Hari ini adalah ditetapkan untuk perbicaraan hari terakhir perbicaraan pembelaan di mana saksi
iaitu bekas Pegawai Khas di di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod memberi keterangan.

Sementara itu, mahkamah turut dimaklumkan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan untuk memanggil semula saksi utama yang merupakan saksi pendakwaan (SP) ke-17 iaitu yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 23 Februari ini untuk sambung bicara bela diri dan keputusan permohonan untuk memanggil SP ke-17 tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI