fbpx

Pasukan wanita harus lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD badminton negara giat menjalani latihan dan sesi uji gelanggang menjelang kejohanan BATC di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

MESKIPUN diundi dalam Kumpulan Y bersama India dan Jepun pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, namun skuad badminton wanita negara enggan mengaku kalah terlalu awal.

Sebaliknya, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menggesa barisan pemainnya mengambil kesempatan untuk menimba pengalaman berharga pada kejohanan dwitahunan itu.

Beliau juga berharap hasil kerja keras yang dilakukan dalam latihan sebelum ini mampu memberi kelebihan kepada barisan pemain negara untuk melakar kejutan ke atas dua pasukan gergasi itu nanti.

“Kita sebenarnya sudah lama melakukan persiapan untuk menghadapi kejohanan ini. Malaysia memiliki S. Kisona, Eoon Qi Xuan serta M. Thinaah-Pearly Tan yang masih belajar serta mencari pengalaman.

“Saya tahu kita bukanlah pa­sukan terkuat dalam acara wa­nita, tetapi akan berusaha dan bekerja untuk meningkatkan p­restasi masing-masing. Memang kita harap untuk pamer kejutan kali ini,” kata Choong Hann.

Pada masa sama, beliau yang juga bekas perseorangan lelaki No.1 dunia percaya, Kisona sudah menunjukkan banyak pe­ningkatan menjelang kejohanan tersebut selepas mengharungi musim 2021 yang agak suram.

“Saya fikir dia semakin hampir untuk dapatkan prestasi terbaik kerana aksinya di dalam gelanggang sudah semakin stabil. Pas­tinya dia akan berusaha untuk menyumbang mata kepada pasukan negara,” ujarnya.

Sebagai rekod, skuad wanita menampilkan aksi terbaik pada edisi dua tahun di Manila, Filipina apabila melangkah ke pentas separuh akhir sebelum tewas 0-3 kepada Jepun.

Menjelang aksi pembukaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam hari ini, Malaysia akan memulakan saingan Kumpulan Y dengan menentang Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI