fbpx

Pahang catat RM4.7 juta kerugian jenayah komersial sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (depan, dua dari kiri) menyerahkan replika kunci van kepada setiap Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Hanya dalam tempoh sebulan lebih RM4.7 juta kerugian direkodkan membabitkan kes jenayah komersial di negeri ini dengan kes penipuan menjadi penyumbang utama daripada jumlah terbabit.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sepanjang Januari lalu sebanyak 169 kes jenayah komersial dilaporkan termasuk 158 kes penipuan melibatkan kerugian sebanyak RM4,787,023.95 kes.

“Walaupun pelbagai inisiatif pencegahan dan nasihat kesedaran diberikan kepada masyarakat, namun kes penipuan masih lagi berlaku sekali gus menunjukkan tahap kesedaran dan kepekaan masyarakat terhadap kejadian penipuan masih rendah.

“Saya percaya pihak JSJK Pahang akan terus berusaha membenteras jenayah penipuan ke tahap paling minima,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, Ramli berkata, indeks jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan bagi tempoh Januari tahun ini iaitu sebanyak 154 kes berbanding 204 kes pada tempoh sama tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI