fbpx

Ombak gergasi paling ekstrem di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMBAK gergasi telah dirakam di pantai Pulau Vancouver pada November 2020. - Twitter

OTTAWA, Kanada – Satu ombak gergasi yang dilaporkan paling ekstrem di dunia berke­tinggian 17.7 meter direkodkan di perairan Pulau Vancouver, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ombak itu mencipta rekod baharu kerana saiznya tiga kali ganda lebih besar daripada ombak lain di sekelilingnya.

“Kami mengesan beberapa ombak gergasi di kawasan itu tetapi tiada yang memiliki magnitud serupa. Kebarangkalian ombak serupa kembali melanda adalah satu dalam 1,300 tahun,’’ kata salah seorang penyelidik utama ombak gergasi di Universiti Victoria, Johannes Gemmrich.

“Secara ringkas, ombak gergasi sebenarnya hanyalah satu gelombang yang besar berbanding medan ombak di sekelilingnya,’’ jelas Gemmrich.

Gelombang itu berlaku pada November 2020 tetapi kajian mengesahkan perkara tersebut diterbitkan  pada 2 Februari lalu.

“Ia kelihatan seperti tembok setinggi empat tingkap yang terjojol dari permukaan air,’’ jelas Ketua Pegawai Eksekutif Marine Labs, Scott Beatty iaitu syarikat yang mengendalikan pelampung untuk mengukur ketinggian ombak.

“Ombak gergasi adalah ombak yang bersaiz dua kali ganda daripada ombak lain di sekeli­lingnya. Ia muncul tanpa dijangka,’’ jelas Persatuan Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI