fbpx

Marquez belum temui keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui jentera RC213V 2022 masih terdapat kekurangan selain dia juga belum menemui keserasian. – TWITTER REPSOL HONDA

LOMBOK – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez dilihat masih belum berpuas hati dengan penampilannya ketika mengakhi­ri sesi ujian pramusim di Sepang dan Mandalika.

Pelumba Repsol Honda tersebut mengakui masih terdapat kekurangan pada jentera RC213V 2022 sekali gus berharap mampu menemui pakej lengkap sebelum turun memulakan saingan pertama di Grand Prix (GP) Qatar pada 4 Mac ini.

Marquez menamatkan hari terakhir ujian pramusim 2022 di Indonesia di tempat ke-14 selepas mengakui berdepan masalah pada bahunya sekali gus enggan mengambil risiko.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Pol Espargaro mengungguli ujian itu dengan catatan satu minit 31.060 saat dan Fabio Quartararo tempat kedua terpantas.

“Memang benar rekod yang kami peroleh di Mandalika sa­ngat baik dan saya juga menunggang dengan baik selepas mencuba pelbagai komponen baharu.

“Potensi itu ada cuma saya memerlukan lebih banyak lagi, saya masih tidak mempunyai perasaan ‘istimewa’ dengan jentera, tetapi saya gembira secara keseluruhan,” kata Marquez.

Dalam pada itu, Marquez meng­akui kesakitan bahu yang dialami tidak begitu serius dan tekad kembali jalani latihan.

“Saya mengalami sedikit kesa­kitan pada bahu kanan dan sebab itu saya tidak fokus pada catatan masa kerana untuk mendapatkan keputusan yang baik anda perlukan tenaga yang mencukupi.

“Jadi, fokus ketika itu adalah mencuba pelbagai pelarasan untuk mendapatkan semula pe­rasaan dengan jentera 2022 in­i,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI