fbpx

Malaysia ada peluang tewaskan India, Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QI XUAN berharap boleh menyumbang mata kepada pasukan berdasarkan prestasi semasa dan persiapan terbaik yang dilakukan.

PERSEORANGAN wanita negara, Eoon Qi Xuan tidak menolak kemungkinan Malaysia memiliki kemampuan untuk menewaskan India dan Jepun dalam saingan Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang membuka tirainya hari ini.

Pasukan negara berdepan cabaran sukar memburu kemenangan sulung pada kejohanan dwitahunan itu apabila menentang Jepun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Qi Xuan melaungkan keya­kinan untuk melakar kemenangan ke atas dua pasukan itu selepas melakukan persiapan terbaik, selain Jepun tidak menghantar skuad terbaik mereka pada saingan kali ini.

“Saya fikir peluang kita untuk mengatasi kedua-dua pasukan lawan dalam saingan kumpulan adalah seimbang. Saya berharap boleh sumbang mata kepada pasukan berdasarkan prestasi semasa.

“Apa yang pasti, saya akan berikan segala-galanya bagi memastikan mata menjadi milik Malaysia. Semua pemain sudah bersedia jika dilihat pada persiapan yang dilakukan,” katanya yang pernah mengejutkan pemain ranking No.22 dunia dari Denmark, Line Christophersen.

Biarpun optimis dengan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, namun pemain berusia 22 tahun itu memberi amaran kepada rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

Pada masa sama, Qi Xuan juga menjelaskan, dia memberi tumpuan untuk memperbaiki kekuatan tangan sebelum turun menentang Jepun hari ini bagi memastikan aksi lebih baik dalam perlawanan itu nanti.

“Memang kita sudah lakukan persediaan terbaik setakat ini, tetapi tidak akan ambil mudah cabaran pasukan lawan. Semua pemain sudah melalui ujian cukup getir dalam sesi latihan.

“Kekuatan tangan saya masih kurang, jadi saya fokus untuk memperbaikinya. Berhubung keyakinan, saya rasa sudah berada pada tahap terbaik selepas beraksi di Piala Uber dan Piala Sudirman tahun lalu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI