fbpx

MAFI beri jaminan empat bulan stabilkan harga ayam, bekalan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALD Kiandee (kiri) dan Abd. Latiff Ahmad (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Penubuhan Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan FAMA (CDERT FAMA) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Institut Latihan FAMA, Port Dickson hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga ayam dan bekalan telur ayam kembali stabil dalam tempoh empat bulan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia berikutan ternakan ayam mengambil masa tempoh 35 hingga ke 40 hari untuk matang dan boleh dijual.

“Atas jaminan itu pihak kementerian perlu kerjasama dengan pihak industri kerana antara faktor kenaikan adalah harga dedak dan kerajaan telah menyahut keperluan pihak industri bagi menampung kos dedak sebelum ini.

“Sejak dua minggu lalu, pihak industri dalam proses kerjasama dengan pihak berkaitan bagi menampung keperluan industri ini yang mengalami kenaikan dan MAFI beri jaminan ini untuk menstabilkan dalam tempoh empat bulan kerana ternakan ayam mengambil 35 hingga 40 hari,” katanya.

Menurut Ronald lagi, pihak kementerian sebelum ini telah memaklumkan bahawa penternak akan menerima subsidi sebanyak 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat, dan 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI