fbpx

Klopp akui sukar jinakkan Burnley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FABINHO (kiri) muncul wira Liverpool apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Burnley di Turf Moore kelmarin. – AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian selepas menyaksikan para pemainnya berjaya mengatasi situasi sukar untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Burnley kelmarin.

Kejayaan itu adalah kemenangan bersih Liverpool dalam lima kunjungan terakhir ke Turf Moore dan rekod juga menyaksikan The Reds hanya tewas dua kali daripada 46 pertemuan sebelum ini.

Perlawanan itu dilangsungkan dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan, namun Liverpool bernasib baik apabila Fabinho berjaya meledak gol tunggal perlawanan untuk mereka meraih mata penting.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini mengumpul 54 mata dan kekal dengan jurang perbezaan sembilan mata berbanding pendahulu Manchester City.

“Saya benar-benar gembira dengan cara kami bermain dalam keadaan sukar seperti ini. Jika kamu berada di padang, kamu boleh rasakan keadaan berangin dan cuaca sejuk

“Ia perlawanan yang sukar dan ada ketikanya Burnley memiliki peluang terbaik untuk membolosi gawang kami. Namun, sejak beberapa tahun lalu pasukan saya sudah pun belajar untuk mengatasi situasi seperti ini,” katanya.

Dalam masa sama, Klopp mengakui bahawa pasukannya sudah cukup matang dan mempunyai pengalaman berdepan sebuah pasukan yang gemar beraksi dengan corak bertahan se­perti Burnley.

Malah, penjaga golnya, Alisson Becker juga memainkan peranan cukup besar ketika banyak kali menghalang percubaan Burnley di babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI