fbpx

Kesan tapak kaki harimau terbaharu ditemui di Pos Bihai, Pos Balar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bekalan makanan kepada Faizul untuk diagihkan kepada penduduk Orang Asli di Pos Balar, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli menemui kesan baharu beberapa tapak kaki harimau belang di sekitar kampung Pos Bihai dan Pos Balar di sini sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, bagaimanapun, pasukan Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak dan petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang sedang menjalankan operasi menangkap harimau di daerah belum berjaya mengesan kelibat harimau tersebut setakat ini.

Katanya, Orang Asli percaya haiwan tersebut masih berkeliaran di kawasan sekitar apabila menjumpai tapak haiwan itu di sekitar Kampung Tendrik, Kampung Badak dan Kampung Remau di Pos Bihai.

“Seramai 14 orang anggota Senoi Praaq masih menyertai operasi bersama anggota Perhilitan bagi menjaga keselamatan serta menjejak harimau belang yang masih bebas berkeliaran.

“Nasihat pihak polis kepada penduduk Orang Asli yang terjejas supaya berhati-hati dan sentiasa membuat pergerakan secara berkumpulan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada 300 Orang Asli di Pos Balar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang hari ini. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI