fbpx

Kerajaan perlu tangani sindiket monopoli pengambilan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa memberi perhatian khusus terhadap status semasa tenaga kerja asing di negara ini bagi membanteras sebarang sindiket yang mungkin mengambil kesempatan terhadap golongan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berkata, ia lebih-lebih lagi apabila Malaysia ketika ini berada di bawah perhatian tier tiga Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan lain-lain organisasi anti-migran antarabangsa.

Justeru, katanya, adalah penting bagi kerajaan untuk menghapuskan sindiket-sindiket tersebut yang mungkin mencemarkan proses pengambilan pekerja asing di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Persaingan Malaysia 2010.

“PAPSMA akan menyokong Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) dalam menghapuskan sindiket dan kaedah pengambilan pekerja asing ke negara ini yang dimonopoli pihak tertentu.

“Kami percaya dengan pasaran bebas dan terbuka tanpa mengira mod perniagaan untuk ahli-ahli kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan Bangladesh mengambil pendirian tegas untuk melindungi rakyatnya yang mencari kerja di luar negara daripada pihak tertentu agar mereka tidak dieksploitasi serta dikenakan perbelanjaan tinggi.

Mereka mendakwa, kerajaan Malaysia meminta agar negara tersebut membenarkan penghijrahan pekerja melalui satu sindiket dengan menetapkan hanya 25 syarikat terlibat dalam proses itu.

Dalam pada itu, Sukumaran berkata, sindiket-sindiket berkenaan sebelum ini telah mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada pekerja asing yang menjual tanah, barang kemas dan meminjam ribuan ringgit untuk memasuki Malaysia secara sah.

Tambahnya, walaupun sindiket berkenaan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kerajaan, mereka sebaliknya mengumpul wang daripada pekerja asing dengan alasan ia merupakan caj kerajaan serta bagi prosedur-prosedur tertentu.

“Sindiket sebelum ini berakhir apabila kerajaan bertukar pada 2018,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI