fbpx

Jual kereta jiran RM800, percuma pam racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video sebuah kereta yang ingin dijual oleh jirannya selepas parkir merata.

PETALING JAYA – Hidup berjiran memerlukan kesefahaman dan kesepakatan yang kuat bagi menjamin hubungan baik terus kekal.

Sikap pentingkan diri sendiri perlu dihindar kerana boleh menimbulkan pergaduhan yang asalnya kecil sehingga boleh menjadi besar.

Terkini di media sosial, seorang wanita memuat naik video suaminya yang bengang dengan tindakan jiran yang selalu meletakkan kereta di hadapan rumahnya.

Mungkin sudah banyak kali ditegur namun masih buat perkara sama, suami wanita tersebut terus meletakkan iklan menjual kereta jirannya itu.

Dengan meletakkan botol di atas kereta jenis Hyundai Matrix itu, lelaki tersebut turut menulis satu nota ‘untuk dijual RM800, percuma pam racun’.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh lelaki tersebut supaya jirannya sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

“Elok letak nota lagi besar dan terang sebab tak reti sangat. Dah kawasan orang sepatutnya dah boleh fikir.

“Biar ada akta mana-mana jiran yang letak kereta merata tarik je dengan lori penunda, biar ada akal sikit,” jelas Jo Abraham.

“Mungkin dah banyak kali tegur pun tak berubah ni, baguslah buat macam tu. Susah orang tak faham hidup berjiran ni,” kata Hafiz Hasbullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI