fbpx

‘Ibu tunggal selesa sendiri, bahagia bersama keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen orang ramai mengenai isu ibu tunggal di Malaysia.

PETALING JAYA – Isu mengenai golongan ibu tunggal menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini.

Terbaharu, Kosmo! melaporkan jumlah wanita yang dikategorikan sebagai ibu tunggal di Malaysia mencatatkan peningkatan hampir 1 juta orang berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2020.

Tinjauan Kosmo! di media sosial Kosmo! Online mendapati rata-rata orang ramai memberi komen mengatakan bahawa kebanyakan ibu tunggal merasa selesa hidup sendirian tanpa memikirkan untuk berkahwin lain.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Ainur Zaidi, berkata, kebanyakan ibu tunggal yang berusia 40 tahun dan ke atas lebih memilih untuk hidup sendiri dan bahagia bersama anak-anak dan cucu.

“Kita lihat juga ibu tunggal ini umur berapa, sebab selalunya yang dah berusi 40 tahun dan ke atas, mereka lebih utamakan keluarga, anak-anak dan cucu daripada cari suami baru,” katanya.

Selain itu, turut diakui oleh seorang ibu tunggal, Fatimah Syed Ali, mengatakan dia lebih selesa meneruskan kehidupan bersama dua anaknya selepas kematian suami dua tahun lalu.

“Suami saya dah meninggal dua tahun lepas, sekarang saya jaga dua orang anak, tidak ada masalah untuk saya teruskan kehidupan tanpa suami dan saya sendiri tak fikir untuk kahwin lain,” kongsinya di ruangan komen.

Sementara itu, terdapat pengguna lain, Sary Saharif, turut meninggalkan komen mengatakan golongan ibu tunggal ini memilih untuk bercerai dan hidup sendiri adalah disebabkan sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab.

“Jika diberi pilihan, kami pun tidak mahu bergelar ibu tunggal, tapi bila da[at suami yang tidak bertanggungjawab, semua isteri tanggung, rasanya tak perlu ada suami macam itu.

“Bukan mudah untuk kami sebagai isteri nak tanggung semua keperluan keluarga, anak-anak secara sendiri,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI