fbpx

Gaya menarik batik sofistikated, moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motif batik lukisan tangan yang dipercikkan pada fabrik memberikan seri kepada pemakainya

MOTIF batik merupakan antara motif yang paling menjadi perhatian untuk digayakan memandangkan sifatnya yang versatil dan amat sesuai untuk digayakan oleh sesiapa pun tanpa mengira peringkat umur atau jantina.

Motif batik sama ada daripada rona lembut seperti pastel atau rona terang dan berani seperti merah dan hijau zamrud kaya dengan elemen klasik yang menjadikan ia tidak pernah ketinggalan zaman.

Menyedari hakikat itu, jenama tempatan yang cukup sinonim dengan pertaruhan motif batik elegan, Pieces by Raeesa yang diasaskan oleh Erny Yusmiarty Erizal pada 2012 mempertaruhkan motif batik sofistikated yang moden dalam pasaran fesyen.

Erny yang merupakan seorang pencinta batik tegar mengambil langkah mengekalkan keanggunan motif batik klasik dengan menghasilkan rekaan yang lebih segar dan fashionable.

Malah, setiap motif batik yang dihasilkan merupakan lukisan tangan, sekali gus menjadikan setiap busana yang dihasilkan cukup ekslusif dan unik.

Masih mengekalkan estetika batik moden bagi koleksi Hari Raya, Erny tahun lalu memperkenalkan koleksi Alunan Raya 2022 yang menyerlahkan sisi matang jenama itu sejak ditubuhkan hampir sedekad lalu.

“Koleksi Alunan Raya 2022 ini menampilkan pembaharuan dan perkembangan jenama Pieces by Raeesa sejak mula diasaskan hampir 10 tahun lalu.

“Koleksi ini menampilkan 45 rekaan segar batik moden dengan pilihan rona daripada rona hangat sehingga rona terang yang sesuai digayakan oleh semua wanita,” katanya.

Motif batik lukisan tangan yang dipercikkan pada fabrik mewah seperti sutera memberikan seri kepada pemakainya.

Malah, pemilihan motif bunga kantan dan daun pisang yang digunakan cukup unik dan sesuai bagi wanita yang mahu tampil berbeza namun masih dalam elemen klasik batik.

Selain motif, kepelbagaian busana yang ditampilkan seperti baju kurung moden dan kaftan batik dengan potongan leher yang tinggi secara tidak langsung menyerlahkan sisi elegan dan feminin dalam gaya si pemakai.

Perincian seperti manik yang diletakkan pada rekaan yang sedikit minimalis pua memberikan satu gaya yang lebih elevated, sekali gus menyerlahkan lagi estetika jenama mewah itu.

Koleksi Alunan Raya 2022 didatangkan dalam tiga rekaan utama iaitu Set Pery yang merupakan set baju kurung dengan rekaan minimalis serta mempunyai potongan yang longgar.

Menurut Erny, potongan baju yang longgar juga cukup ideal buat wanita bertudung yang mahu tampil selesa dan anggun dalam bergaya.

Rekaan kedua pula dipanggil sebagai Rekaan Lain-Lain yang menampilkan busana dengan potongan lebih moden namun masih mengekalkan ciri klasik pada baju kurung.

Rekaan ketiga pula dikenali sebagai Rekaan Suai Padan yang dihasilkan khas buat wanita yang mahu lebih bereksperimen dalam penataan gaya.

“Rekaan itu membolehkan pemakai menggayakan busana Pieces by Raeesa mengikut cita rasa sendiri, sama ada gaya klasik atau kasual,” kata Erny.

Rekaan Pieces by Raeesa boleh dibeli menerusi laman web www.raeesa.com.my atau secara terus di butiknya yang terletak di Shah Alam Selangor.

Setiap koleksi itu dijual pada harga antara RM900 sehingga RM2,890.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI