fbpx

[VIDEO] Gajah liar ceroboh Kem Seri Banding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seekor gajah liar menceroboh sebuah kem tentera di Banding, Gerik untuk mencari makanan.

IPOH – Satu rakaman video seekor gajah merosakkan berek sebuah kem tentera dipercayai terletak di Kem Sri Banding, Gerik tular di media sosial sejak kelmarin.

Walaupun tidak pasti bila kejadian tersebut berlaku, tetapi ia dipercayai bukan rakaman lama berdasarkan corak pakaian celoreng yang dipakai anggota tentera pada video berkenaan.

Pada rakaman tersebut menunjukkan haiwan itu merosakkan beberapa peralatan menerusi luar tingkap sama ada berek atau stor.

Video berdurasi 2.50 minit dan 1.11 minit itu telah menarik ribuan tontonan serta dikongsi pada banyak platform media sosial.

Gajah itu juga tidak takut atau beredar walau pun dibaling beberapa objek, sebaliknya terus menyelongkar mencari makanan.

Sementara itu memetik laporan media, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah kem tentera.

Katanya, gajah itu dikatakan menceroboh stor simpanan bekalan makanan di kem itu manakala bau makanan terutamanya yang masin selalunya menarik kehadiran gajah-gajah kerana dietnya boleh berubah.

“Bagaimanapun, kita tidak pasti bila sebenarnya kejadian itu berlaku kerana ia kerap terjadi.

“Kem Sri Banding mempunyai pagar eletrik berikutan kejadian diceroboh gajah liar dan mungkin semasa kejadian tiada kuasa elektrik,” katanya.

Kawasan Hutan Belum, Temengor dan di sekitarnya memang menjadi habitat gajah dan pernah juga dilihat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI