fbpx

Gajah betina ditemui mati terduduk dekat Empangan Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan dan polis memeriksa  bangkai seekor gajah betina yang ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Pedu di Pedu dalam daerah Padang Terap pagi tadi. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Seekor gajah betina berusia 20 tahun seberat dua tan ditemui mati di tepi Jalan Empangan Pedu, Bukit Makgak di Pedu dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sik/Padang Terap, Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bangkai gajah itu pada pukul 9.10 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota Perhilitan daerah kemudian pergi ke lokasi dan menemui seekor gajah yang telah mati dalam keadaan terduduk di tepi jalan.

“Saya difahamkan gajah itu mati pada awal pagi sebelum ditemui penduduk kampung semasa mereka hendak pergi menoreh getah di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, gajah tersebut dipercayai datang ke lokasi tersebut secara berkumpulan dari hutan berhampiran iaitu Pedu untuk mencari makan.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati tiada kecederaan pada bangkai gajah tersebut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI