fbpx

China sekat bina mercu tanda tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan pembangunan Tianducheng yang menampilkan Menara Eiffel di Hangzhou. - shockerdaily.com

BEIJING – Tindakan China meniru replika monumen tersohor dunia semakin tidak terkawal apabila republik berkenaan seolah-olah menjadikannya seperti hak mereka, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Global Times, banyak bandar di China kini memiliki suasana dan binaan bangunan antarabangsa tanpa sebarang perbezaan langsung.

Dibina pada 2012, replika Jambatan Menara London di sebuah bandar di China telah dipuji sebagai lebih baik daripada struktur  asal.

Mercu tanda tiruan itu dibina di seberang sungai di bandar Suzhou dengan ketinggian 40 meter dan merupakan ikon binaan ter­kenal di London.

Selain itu, China juga memiliki Menara Eiffel sendiri di Hangzhou, Wilayah Zhejiang dengan ketinggian 107 meter.

Seni bina dan landskap kawasan itu sangat menyerupai suasana di Paris, malah terdapat juga versi piramid Louvre Paris yang menakjubkan.

Namun begitu, keghairahan penduduk membina ‘perkampungan antarabangsa’ ini mendapat amaran daripada pemerintah China.

Pemerintah telah mengeluarkan arahan bahawa kegiatan menciplak dan meniru rekaan luar negara adalah dilarang bagi kemudahan awam.

Kenyataan itu menyatakan, reka bentuk besar, asing dan pelik perlu dihadkan.

Meskipun tidak menyatakan tindakan jelas ke atas bangunan palsu sedia ada, namun peme­rintah  menegaskan akan me­lakukan lawatan secara  mengejut bagi memeriksa struktur dan rekaan bentuk bangunan yang terlalu menyerupai Barat.

“Seni bina era baharu perlu mempamerkan keyakinan ­budaya, semangat kontemporari serta menyerlahkan budaya China dan bukan mengagungkan negara luar,” demikian menurut kenyataan pemerintah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI